Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Laksa Asam lagi.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Laksa ni menu semalam sebenarnya. Lama dah tak buat laksa asam ni. Kami sekeluarga mmng suka sangat makan laksa asam. Kali ni saya tak dpt menikmatinya sangat disebabkan sakit tekak yg terlampau. Sampaikan nak telan air liur pun sakit dan perit sangat. Kebetulan lagi 2 hari anakanda Talhah nak balik UK, jadi sampaikanlah hajatnya nak makan laksa asam yg mamaNya buat. Resepi ni mcm biasa je, yg penting ada daun kesum dan bunga kantan..mmng best. Jomlah semak resepi sempoi ni..


Bahan-bahan
  • 1 bungkus laksa kering- (direndam selama 4 jam/semalaman dalam air)
  • 1 biji timun ( dihiris panjang2)
  • 3 biji telur rebus- ( potong 4 setiap satu)
  • 4 biji limau kasturi- ( potong 2)
  • 1 bawang besar ( dimayang)
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan untuk kuah
  • 1 kg ikan kembung
  • 8 keping asam keping
  • 4 tangkai daun kesum
  • 1 btng bunga kantan
  • air rebusan secukupnya
Bahan kisar
  • 1 cwn cili kisar (ikut pedas masing2)
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara
  1. Didihkan air di periuk dan letak sedikit garam.Biarkan mendidih,setelah itu rebus mee laksa hingga empuk.Angkat dan toskan...biarkan ketepi.
  2. Ikan direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  3. Isi ikan dikisar bersama air rebusan tadi.
  4. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah siap bolehlah dihidangkan.
  6. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas)

Friday, December 23, 2011

Laksa Terengganu/Laksa Kelantan/Laksa Kuah Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je sebab tekak ni teringin sangat nak makan laksa lemak putih. Kalau tak masak nasi, siaplah Hamka bising sbb tak jumpa nasi hari ni. Tak padan kecik...nak juga makan nasi walau dah makan laksa.Sebelum ni pernah buat namanya Laksa Kelantan. Bila dibelek2 resepinya lebih kurang sama je dngn Laksa Terengganu dan Laksa Lemak Putih....yg penting kuahnya lemak putih dan semestinya sedap di gandingkan dngn sambal belacan. Kalau makan laksa ni tak cukup semangkuk, maunya bertambah dan bermangkuk2 lagi...hehehehe..buruk betul makannnnnnn....

Pada orang2 Kelantan dan Terengganu, jangan marah ya kalau kuah lemak yg saya buat ni tak sama. Pada saya bahan2 yg ada ni sudah cukup membuatkan tekak ni berselera sangat. Suami saya makan bertambah2 tadi...siap cakap lagi, kalau makan kat kedai ni, taklah kuahnya sepekat yg mama/saya buat..pastu takkan nak tambah dan mintak semangkuk lagi pada tuan kedai tu...hehehehe...malu sehhh.
Kejap lagi nak ulang2 makan lagilah..bila citer ni, dah laporrr semulalah. Jomlah kita semak resepinya. Kawan2 boleh juga semak resepi K.Nor dan Kak NoorMasri.




Bahan Untuk Kuah
  • 8 ekor @ 800g ikan selayang/ ikan kembung
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 in halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit belacan*
  • sedikit daun kesum* Yatie tambah sbb suka bau daun kesum meresap kat kuahnya
  • 1 1/2 biji kepala parut diambil santannya
  • 2 keping asam gelugur
  • sedikit garam dan gula
Cara Membuat Kuah:
  1. Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
  2. Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat. Yatie blend je.
  3. Tumbuk/Blend bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga lumat.
  4. Masukkan semua bahan tumbuk/blend serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
  5. Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.
  6. Kepekatan kuah ikut selera masing2 ya.
Bahan Untuk Ulam:(Bergantung pada stok kat rumah masing2 ya)
  • Daun kesum secukupnya dimayang halus
  • Kacang panjang secukupnya dimayang
  • Kobis diracik halus
  • Timun dimayang
  • Daun Kemangi/Selasih- di hiris halus
  • Bunga Kantan- dihiris halus
  • Taugeh - buang ekor
  • 4 biji limau kasturi-belah 2
Sambal Belacan:
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 biji cili padi merah
  • sedikit belacan-di bakar dulu
  • sedikit gula
  • 2 biji limau kasturi
Caranya= Belacan di bakar sebentar, tumbuk cili merah, cili padi, belacan bersama sedikit gula. Setelah lumat perahkan jus limau kasturi. Gaul sebati dan bolehlah di hidangkan bersama laksa tadi.

**Yatie guna 1 kg mee laksa basah, di celur sebentar dan toskan ya. Boleh juga guna laksam atau laksa kering. Cara penyediaanya, masukkan sedikit laksa yg telah di celur ke dlm mangkuk. Letakkan ulam2an yg di gemari dan cedukkan kuah lemak putih keatasnya. Letak sedikit sambal belacan dan belahan limau kasturi. Siap dan sedia utk di nikmati.

Tuesday, November 1, 2011

Laksa Asam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni layan laksa asam/laksa penang pula. Sebenarnya saya teringin sangat nak makan laksam, tapi takde kerajinan pula nak buat laksanya tu. Jadi saya masaklah laksa yg paling senang, main lebur2 je semuanya. Lagi pun kat rumah ni mmng laksa asamlah yg paling laris. Suami dan anak2 mmng suka sangat laksa asam ni sbb tak muak. Biasanya saya guna laksa kering, rendam 5 jam pastu rebus hingga empuk dan toskan. Alang2 dah beli laksa basah, saya pun buatlah laksa asam ikut resepi Kak Jun@myresepi ni. Terima kasih K.Jun berkongsi resepi yg best ni. Yatie kongsikan kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( 4 orang makan )
  • 500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
  • 1 biji timun dihiris panjang2
  • 3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
  • 4 biji limau kasturi-potong 2
  • 1 bawang besar dimayang
Bahan-bahan untuk kuah:-
  • *4-5 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
  • *8 keping asam keping
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1/2 bunga kantan
Bahan kisar :-
  • 8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
  • 2.5cm belacan
  • 1 biji bawang besar
  • garam secukup rasa+sedikit gula
Cara-cara
  1. Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  2. Isi ikan dikisar.
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
  5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).

Wednesday, July 14, 2010

Laksa Kelantan

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak Laksa Kelantan atau laksa kuah putih, jadi tak makan nasi hari ni. Lepas makan laksa, makan pula agar2 santan gula merah utk sejukkan tekak....mmng sedap betul. Resepi asal adalah dari Maz Ilham Dapur dan saya C&P dari rumah Mat Gebu. Dah lama nak makan laksa ni, tapi tak ada stok daun kesum, tu yg tangguhkan dulu. Hari ni puashati sebab dapat makan laksa yg di idam2kan. Terima kasih pada Maz dan CMG kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan...



BAHAN KUAH LAKSA :-
  • 5 ekor ikan kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
  • 1/2 camca besar gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • Gula melaka sebesar ibu jari, dihiris*
  • 2 cawan air*
  • 1 keping asam gelugur*
  • 4 cawan santan dari 1 biji kelapa
  • 3 keping asam gelugor
  • 1 genggam daun kesom (resipi asal tak letak)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 s/b serbuk lada hitam(saya tambah...mmng sedap)
BAHAN LAIN :-
  • Laksa secukupnya
  • Hirisan halus timun
  • Taugeh, dibuang ekor
  • Hirisan bawang besar
  • Hirisan pucuk daun kesom
  • Hirisan kacang panjang
  • Sambal belacan ( 5 biji cili merah + 1 inci belacan(bakar sekejap) + sedikit garam dan gula = tumbuk halus)
  • Belahan limau kasturi
CARA MEMBUATNYA :-

1. UNTUK KUAH LAKSA :-
  1. Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda (*) hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang.
  2. Kemudian kisar pula isi ikan bersama bawang merah, halia dan 2 cawan santan. Tuang dalam periuk bersama stok ikan, baki santan, asam gelugor dan kacau rata.
  3. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
  4. Masukkan daun kesom dan renih hingga kuah sedikit pekat, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
2. UNTUK LAKSA KELANTAN :-
  1. Masukkan secukup mee laksa dalam bekas sesuai.
  2. Tuang kuah laksa dan letak bahan2 ulam beserta sambal belacan dan belahan limau kasturi. Hidangkan segera....

Thursday, January 28, 2010

Laksa Penang/Laksa Asam

Salam sejahtera semuanya. Rasanya dah lama saya tak makan laksa. Walaupun saya orang Johor tetapi saya amat mengemari laksa Penang. Laksa ini juga di kenali dengan laksa asam sbb memang rasanya yang masam tu yang membuatkan ianya tak muak bila di makan...tetapi ikut tekak masing2lah ya...pada saya sedap sangat,tetapi pada tekak orang lain saya tak tahulah ya.....oklah di sini saya sertakan sekali resepi yg mudah....


Bahan-bahan
  • 1 bungkus laksa kering- (direndam selama 4 jam dalam air)
  • 1 biji timun ( dihiris panjang2)
  • 3 biji telur rebus- ( potong 4 setiap satu)
  • 4 biji limau kasturi- ( potong 2)
  • 1 bawang besar ( dimayang)
  • Bahan-bahan untuk kuah
  • *8 ekor ikan kembung (boleh juga guna ikan mackerel dlm tin,guna 2 tin)
  • *8 keping asam keping
  • 4 tangkai daun kesum
  • 1 btng bunga kantan
  • air rebusan secukupnya

  • Bahan kisar
  • 8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
  • 2.5cm belacan
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Jerang air di periuk dan letak sedikit garam.Biarkan mendidih,setelah itu rebus mee laksa hingga empuk.Angkat dan toskan...biarkan ketepi.
  1. Ikan direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  2. Isi ikan dikisar bersama air rebusan tadi.
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah siap bolehlah dihidangkan.
  5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).
Related Posts with Thumbnails